Jumaat, 9 Januari 2015

'Over Spending' kerana anak

Beberapa hari lepas D ada baca satu artikel dlm sebuah majalah. Tajuk artikel tu 'Over spending' kerana anak. Emmm.... Memandangkan D baru sahaja bergelar surirumah sepenuh masa, artikel ni sangat2 menarik perhatian D. Almaklumlah... sekarang ni nak berbelanja dah kena berpada2. Lebih2 lg dgn kehadiran si buah hati ni... Encik Aqil la sape lg. Hihihi... Sebagai ibu mestilah excited kan nak buat dan beli macam2 untuk anak. Tu yg kadang2 ter'over spending'.. huhuhuhu...
Ok, kat bawah ni D sharekan perkara2 yg mungkin ibu bapa terlebih berbelanja untuk anak2 macam yg tertulis dlm artikel tu.

~ Pusat penjagaan dan prasekolah
Anda kerap menangguhkan masa untuk mencari pusat jagaan atau prasekolah yg sesuai. Dek kerana tempat yg lebih baik dan bertepatan dgn bajet anda sudah penuh, anda terpaksa meletakan anak di pusat jagaan itu walaupun kosnya jauh tersasar drp kemampuan anda.

~ Melancong  bersama bayi
Anda merancang pelancongan yg agak tinggi kosnya. Pada usia bayi yg belum tahu menghargai peluang itu, malah mungkin lebih menimbulkan ketidakselesaan padanya. Bila mood bayi tidak baik, keseronokan bercuti pun hilang!

~ Membeli barang keperluan anak pd harga biasa
Sentiasa peka dgn promosi barangan keperluan anak seperti lampin, susu & peralatan menyusu, pakaian dan kasut supaya anda dpt membelinya pd harga lebih murah.

~ Membuang barangan anak yg tidak diperlukan
Kalau anda memang merancang utk mempunyai seorang anak sahaja, tidak mengapa berbuat demikian. Tapi jika anak seterusnya menyusul, ada baiknya anda menyimpan keperluan bayi yg masih elok (spt kereta sorong, kerusi bayi) utk kegunaan anak berikutnya atau menjualnya.

~ Gajet
Bila anak sudah terbiasa dgn gajet, tidak mustahil dia akan sentiasa meminta gajet terbaru drp anda. Jalan terbaik ialah tidak memperkenalkan gajet kpd anak sehingga usianya belasan tahun. Pada ketika itu pun, anda perlu mengawal masa dan cara penggunaannya.

~ Berlebih2 utk parti hari jadi
Usah terikut2 dgn gaya orang meraikan majlis hari jadi utk anak mereka secara mewah. Rancang parti itu bersama saudara mara atau rakan2 anda. Anak kecil lebih berminat pd individu yg hadir, bukan pd dekorasi parti.

~ Keluar utk berhibur
Restoran dan panggung wayang bukan satu2nya cara menghiburkan anak. Cuba kurangkan kos dgn keluar berkelah (makanan dimasak sendiri), bermain di taman awam yg tidak berbayar, menonton filem di rumah atau mewujudkan sesi bermain sekeluarga sama ada di rumah atau luar rumah.

~ Mainan baru
Kanak2 mudah jemu dgn sesuatu permainan, namun ini tidak bermakna anda perlu sentiasa membeli mainan baru untuknya. Dia mungkin menerima banyak hadiah barang mainan semasa hari lahirnya, jadi keluarkan mainan itu satu persatu.

Senang je kan tips2 di atas ni. Tapi tu semua bergantung pd sikap ibu bapa itu sendiri. 

Ni salah satu contoh utk jimat bajet ketika bawa Aqil keluar jalan2...



Gambar atas ni dekat Country Garden JB. Tempat ni masuk free ok.! Jadi kitorang dah jimat bajet kat situ. Tempat ni memang sesuai lah utk bawak anak jalan2. Cantik dgn pemandangan laut. Siap ada playground utk kanak2 bermain. Tgok lah si Aqil tu...



Yg ni pulak dekat RNF JB. Tempat ni pun sama. Masuk free.. Tempat ni belum siap sepenuhnya. Cantik juga dgn pemandangan laut. Ada tempat main utk kanak2 juga. Aqil happy betul dia sebab dapat jalan2 sambil main2 kat situ. Mommy dan daddy pun happy sebab dapat tengok suasana pemandangan yg cantik, hilang stress kan...

So, siapa cakap nak bawak ank jalan2 mesti keluar duit banyak lebih2 lg utk tiket... Bayangkanlah kalau mereka yg ada anak 7 ke 8 org. Nak bawak ke tempat2 yg berbayar, korang kiralah berapa bajet yg kena keluar.?? Kan dah over spending tu.. betul tak..? Tapi kalau dr golongan jutawan dan hartawan tak kisah kottt.. Hehehe... 

Jom kawan2 kita amalkan tips2 yg di atas tu... :)

XOXO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan