Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Datang 2015...!

Hari ni hari terakhir kita di dlm tahun 2014. Mesti banyak kenangan2 menarik yg berlaku dlm kehidupan korang kan. Tak terlepas juga kenangan2 pahit yg pernah korang lalui sepanjang tahun ni. Memori yg paling indah bg D pd tahun 2014 ialah kehadiran encik Aqil dlm hidup kami sekeluarga. Aqil merupakan cucu pertama untuk mak dan ayah D. Punyalah sayang mak dan ayah D pada Aqil. Pakcik2 dan makcik2 Aqil pun excited tahap gaban bila Aqil hadir dlm hidup kitorang sekeluarga. Hemmm... Kesian mak dan ayah sbb sblum ni sering menumpang manja dgn cucu saudara je. Sekarang mak dgn ayah dah boleh layan cucu sendiri dah. 
Inilah satu2nya momen yg paling indah yg akan D ingat sampai bila2. Selama 7 tahun D & suami bersabar menunggu satu2nya rezeki yg paling besar nikmatnya dlm kehidupan kami. Syukur Alhamdulillah.. 


Tergoda tak dgn senyuman encik Aqil ni...? ;)

Nampaknya rezeki mak & ayah D semakin bertambah2 sebab pd tahun ni jugalah adik kedua D disahkan mengandung. Sekarang kandungannya dah pun masuk 6 bulan. Nampaknya, tahun 2015 nanti Aqil dpt sepupu la ye.... Mak & ayah D apa lg, seronok bukan main nk dpt cucu kedua pulak kan... 


Semoga pada tahun yg baru ni kita semua akan mencapai segala impian yg kita inginkan dan mendapat lebih keberkatan dr yg Maha Esa. Insyallah...


Selamat tinggal 2014...


Selamat datang tahun 2015...!!! XOXO


Sabtu, 27 Disember 2014

Angry bird...

Haiii semua... sebenarnya tak ada cerita yg menarik pun untuk dikongsikan hari ni. Boring punya pasal terpaksa jugalah cari apa2 subjek yg boleh dijadikan bahan untuk topik kali ni... emmm... oklah, D nak cerita pasal kelmarin hubby off day, jadi kami satu family pergilah berjalan2.. D
suggest  kat hubby pergi jalan2 di JBCC... sebab tempat tu baru dan kitorang pun belum lagi
sampai ke sana.. nak ke angry bird park kononnya... 

Sebelum ke sana kami pusing2 lah dulu dlm jbcc tu. Wow! Jalan2 dlm tu rasa macam berada di
KL... nak tahu kenapa??? kalau ada masa korang pergilah tengok sendiri.. huuhuhu... ok, dah
puas berpusing2 dlm tu, kitorang pun pergilah ke angry bird park, dlm hati dah berkata2 dari awal
lagi, tak payah masuk sebab... Aqil tak pandai main lagilah, jalan pun belum pandai lagi. Bila dah sampai, tengok2 lah juga harga tiket, huhhhh.... cuba korang tengok kat bawah ni....


Korang rasa2lah, berbaloi tak??? Emmm... patutlah dari awal lagi rasa tak nak masuk... lagi berbaloi... kuikuikui... 



Ni la gambar yg diambil dari luar je. Tak apalah, tunggu Aqil dah besar sikit baru boleh masuk.
Tu pun kalau mommy rasa berbaloi ye Aqil.... hehehehe.... XOXO

Khamis, 25 Disember 2014

Oohh tidak....!

Ok entri kali ni D nak cerita satu peristiwa yg agak melucukan pada D (kalau tak lucu pada korang, tlg buat2 lucu la ye...) Ada satu pagi tu, D kemas2lah rumah macam rutin harian biasa, tiba2 D ternampak sesuatu yg dah bertahun2 lamanya tak pernah wujud dlm rumah ni. Cantik je benda tu berdiri atas speaker, ni comfirmlah kerja cik abg sebab si Aqil manalah sampai nak letak benda tu. Seingat D, benda ni paling latest ada dlm laci 5 tahun lepas, itupun dah buang, sebabnya D dah tak pakai... D jadi pelik, nak tanya hubby, dia dah pergi kerja, dlm kepala dah fikir yg bukan2, baru seminggu D jadi surirumah sepenuh masa, D dah tak sama mcm dulu lg ke, D dah tak cantik ke pd mata hubby sampai dia belikan benda tu, seumur hidup D hubby tak pernah sekali pun hadiahkan benda ni. Tapi kenapa tiba2 je hubby belikan??? Apa motif hubby ni??? Arrgghhhhh...!!! Boleh menimbulkan peperangan ni.. sabar2... Malamnya, hubby dah 
mandi, makan, barulah D tanya hubby. Dari mana datangnya benda tu (dlm hati berdebar2 
juga tunggu jawapan dia, buatnya betul mcm apa yg D jangkakan... tak ke sedih nt.. tak pe, 
dengar dulu penjelasan dia.) Nak tahu apa jawapan dia.. ada regular customer yg baru balik dari India, bagi sorg satu benda tu pada semua staff, termasuklah hubby D, biasalah 
perempuan kan, dah bg jawapan.. mesti nak korek2 lagi untuk 
puaskan hati.. D tanya lg.. kenapa hubby dapat juga sebab hubby kan lelaki, mana pakai 
benda tu, hubby seperti biasa dgn wajah tenang dan selamba dia menjawab, customer tu bg untuk diberi pada isteri katanya..boleh percaya ke?? Mcm biasalah.. sesi soal jawab ni akan berlarutan sampai...??? Paling lama sesi soal jawab ni sampai keesokan hari je.. sabar ye encik husband.. hehehee.. Mesti korang tertanya2 kan apa bendalah tu sampai boleh jd kegelisahan pd D.. jeng..jeng..jeng....


Inilah bendanya, masa mula2 nampak benda ni, fuhhhh... rasa mcm nak cekik2 je encik hubby. Bila dah tahu jawapan dia, esoknya dia pergi kerja mcm biasa, D cubalah belek2 benda tu, pandang cermin, dan sapu ke bibir... cantik juga.. puji diri sendiri, yelah..nak minta Aqil puji, hemmm... lain tahun la... hehehehe...
Tapi bila D fikir secara waras, tak salah pun kalau D cuba bermekap2 untuk sang suami, 

walaupun hanya dlm rumah, kan itu memang dituntut dlm Islam.. rasa2nya kalau D bergincu, bercelak dlm rumah ni... hubby pelik tak??? Nak try??? Ngeh...ngeh...ngeh..  XOXO

Selasa, 23 Disember 2014

Tips sebelum berhenti kerja...

Haiii semua... ok entri kali ni D nak ceritakan dari mana datangnya kekuatan untuk D tekad berhenti kerja. Semuanya bermula apabila D terjumpa satu artikel ni. Tajuk dia '16 tips yg anda kena tahu sebelum berhenti kerja, ini pengalaman sebenar seorang JURUTERA'. Jurutera???? Ye, jurutera... bukan sembarangan kerjaya ok.. gaji besar, hidup mesti lagi mewah kan.. tapi, kenapa si jurutera ni sanggup korbankan kerjaya dia tu??? Semuanya sebab anak yg tercinta katanya.. Hemmm.... samalah macam D, nak resign semata2 sebab Aqil, tapi bezanya D ni bukanlah jurutera, setakat kerani cabok je!! gaji tak sehebat mana pun. Hihihihi.. Ok, kat sini dia bagi tips yg macam di bawah ni:


Langkah2 menjadi surirumah sepenuh masa:
1. bincang dgn suami pasal kewangan keluarga sebab dia yg akan tanggung semuanya nanti.
     (berkali2 juga la D berbincang dgn hubby pasal bab ni)
2. inform family dan mertua (bab yg ni ada problem sikit, sebab family belah hubby agak kurang setuju, kenapa?? baca sampai tips no 11, anda akan dpat jawapannya... huhuhu.)
3. setelkan semua hutang kad kredit yg ada (nasib baik D tak ada kad kredit..)
4. cancel semua kad kredit
5. mansuhkan semua expenses bulanan yg tak diperlukan (yg ni kena fikir apa yg penting apa yg tak penting)
6. pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income   
    (Alhamdulillah.. ada la simpan sikit2.. dlm kepala dok fikir2 juga nak buat side income apa..)
7. mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu. (D tak pernah online shopping... huhuhu..)

8. beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika tak pandai masak, tak kan 
surirumah nak tapau lauk dari luar je kan (buku2 ni memang 
                                   dah lama ada, cuma nak tambah 
koleksi je..)
9. bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lg memenatkan (yup.. 
    bab yg ni setuju sangat2, ditambah lagi dengan si Aqil yg semakin lasak ni.. fuhhhh... tercungap2... rasakan lah D.. kau yg nak sangat... hemmm..)
10. jangan risau jika takut bosan bila di rumah, sebab 24 jam akan terisi dgn kerenah anak2 
     (betul3x... 24 jam tu macam tak cukup je rasa...)
11. bersedia dgn suara2 sumbang yg akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, 
jd surirumah, 
tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. (hah.. ni la jawapan dari soalan di 
atas tadi tu... korang pernah 
kena tak???)
12. jgn lupa kawan2, nanti sunyi pulak tak de org nak bercerita hal2 org 
dewasa. (boring juga kadang2, asyik buat benda yg sama je kat rumah kan, nak 
berbual dgn aqil...  cakap pun tak reti lagi.. nak ada teman berbual jugak, tak la hidup dlm dunia sendiri je... hihihihi..)



Persediaan bagi suami:
13. suami kena bersedia dari segi kewangan, tak perlu mewah, cukup makan, 
pakai, insurans, 
tempat tinggal (bab ni lah yg selalu D tekankan pada hubby, 
sampai berjaya dpt green light 
yessss!!!)
14. suami kena faham rutin seorang surirumah, sekali sekala bawalah isteri 
berjalan2 sebagai 
bonus bekerja 24 jam sehari. 
(ni je lah permintaan 
yg paling penting bg D...)
15. percaya dan yakin rezeki dtg dari Allah, bukan dari manusia. (setuju sangat2...)
16. sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah. (yg ni paling 
setuju... ingat ye wahai suami...)


* kredit: Nor Hazwani. XOXO...

Isnin, 22 Disember 2014

Surirumah sepenuh masa...

Haiii... nak tahu tak kenapa D sibuk2 nak terjebak dalam blog ni?? Sebabnya ialah... D nak jadi surirumah sepenuh masa...  Blog ni D jadikan ruang untuk mengisi waktu2 yg terluang atau di kala kebosanan melanda diri. 

Untuk pengetahuan kawan2 semua, sebelum ni D bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah, gaji agak lumayan. Setelah 4 tahun berkhidmat di situ, rezeki bertambah lagi dgn kehadiran si putera sulung kami iaitu Muhammad Aiman Aqil. Selama 7 tahun menanti akhirnya si comel ni muncul. Hihihihi.. Kami sekeluarga gembira yg teramat sangat. Syukur di atas kurniaan Mu ya Allah.

Sebenarnya dari awal kehamilan lagi D dah terfikir nak jadi surirumah sepenuh masa bila dah ada baby nanti. Berkali2 juga la berbincang dgn encik husband. Alasan yg D selalu cakap pada hubby, D nak jaga anak sendiri, nak tengok anak membesar depan mata sendiri, kalau boleh segala permulaan langkah2 pertama si manja ni (cthnya merangkak, berjalan, tumbuh gigi, bercakap dll) biar la D sebagai mummy dia jadi org pertama yg dpat melihat semua keistimewaan tu sbg satu momen yg paling berharga untuk D. Macam2 alasan lagi la yg D beritahu pada hubby. Mula2 tu agak payah juga hubby nak bagi kata putus. Katanya sayang kerja D dah senang dan gaji pun dah ok. Bila fikir2 balik betul juga cakap hubby tu, dalam masa yg sama kasihan juga kalau ingatkan hubby sorang2 cari nafkah. Emmmm... 

Lepas tamat cuti bersalin 2 bulan masa tu, D cuba kuatkan semangat tinggalkan Aqil dengan pengasuh (pengasuh pun kakak saudara sendiri, rumah dia lorong belakang rumah je, kenapa kau risau sangat D oiii...)  hishhhh... dekat ofis kepala ni asyik terbayangkan si Aqil je. Berbulan2 masa berlalu, kerja pun dah tak sepenuh hati, selalu ponteng, lebih2 lagi si Aqil dah mula menjamah makanan selain drpd susu badan. Dalam kepala ni dah mula fikir macam2 menu la untuk si Aqil (alasan tak nak masuk ofis kan). Makin lama makin syok pulak tak masuk ofis, kesudahannya berhari2 la D ponteng kerja. Rasa tak sedap hati pulak, walaupun bos tak pernah marah D, tapi dari reaksi bos tu, D tahu dia mesti dapat agak yg D nak berhenti kerja. Maaf ye bosss.. huhuhu..

Berbincang lg dengan encik husband. Nak resign!!! Akhirnya, hubby bg kata putus. Hubby kata ok, tapi dia bg syarat, katanya lepas ni tak boleh nak belanja mcm2, kiranya kena berjimat sikit la. Almaklum la, lepas ni yg bekerja cuma sorg je..(dlm hati ni berkata2, D tak belanja apa2 pun, alat make up jauh sekali, hand bag...?? Tak pernah pakai pun, baju?? setahun berapa kali je, boleh dikira dgn jari la syg oiiii....) D ni jenis yg sempoi je... tapi yg penting... D cuma nak jalan2 je time hubby cuti, itu je permintaan D.

Akhirnya, notis 1 bulan berhenti kerja diserahkan... fuhhhh.. lega. 15/12/2014 tarikh akhir D berkhidmat di situ. Bermula la episod baru. Segala2nya untuk mu syg.


XOXO...


Ahad, 21 Disember 2014

First time...


Assalamualaikum... first time ni, baru nak berjinak2 dgn dunia blogging.. Kenapa tiba2 nak terjebak dalam blog ni??? hemmm... semuanya bersebab. Nak ceta pasal apa mula2 ni ek?? Sesi perkenalan dulu lah ye...

Ok... nama saya Diana Mohd Tarudin (D)... berumur 32 tahun, dah berkahwin dgn Mr. W (chewahhh..). Anak baru sorg, namanya Muhammad Aiman Aqil. Si jantung hati ni baru 8 bln, tp notti bleh tahan. Lame jugak menanti kehadiran si Aqil ni... 7 tahun... nak tahu sebabnya?? Tunggu la di entri yg lain. hihihihi...



Ni la satu2nya gmbar family yg terbaru..  salam perkenalan.. XOXO...