Haiii... nak tahu tak kenapa D sibuk2 nak terjebak dalam blog ni?? Sebabnya ialah... D nak jadi surirumah sepenuh masa... Blog ni D jadikan ruang untuk mengisi waktu2 yg terluang atau di kala kebosanan melanda diri.
Untuk pengetahuan kawan2 semua, sebelum ni D bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah, gaji agak lumayan. Setelah 4 tahun berkhidmat di situ, rezeki bertambah lagi dgn kehadiran si putera sulung kami iaitu Muhammad Aiman Aqil. Selama 7 tahun menanti akhirnya si comel ni muncul. Hihihihi.. Kami sekeluarga gembira yg teramat sangat. Syukur di atas kurniaan Mu ya Allah.
Sebenarnya dari awal kehamilan lagi D dah terfikir nak jadi surirumah sepenuh masa bila dah ada baby nanti. Berkali2 juga la berbincang dgn encik husband. Alasan yg D selalu cakap pada hubby, D nak jaga anak sendiri, nak tengok anak membesar depan mata sendiri, kalau boleh segala permulaan langkah2 pertama si manja ni (cthnya merangkak, berjalan, tumbuh gigi, bercakap dll) biar la D sebagai mummy dia jadi org pertama yg dpat melihat semua keistimewaan tu sbg satu momen yg paling berharga untuk D. Macam2 alasan lagi la yg D beritahu pada hubby. Mula2 tu agak payah juga hubby nak bagi kata putus. Katanya sayang kerja D dah senang dan gaji pun dah ok. Bila fikir2 balik betul juga cakap hubby tu, dalam masa yg sama kasihan juga kalau ingatkan hubby sorang2 cari nafkah. Emmmm...
Lepas tamat cuti bersalin 2 bulan masa tu, D cuba kuatkan semangat tinggalkan Aqil dengan pengasuh (pengasuh pun kakak saudara sendiri, rumah dia lorong belakang rumah je, kenapa kau risau sangat D oiii...) hishhhh... dekat ofis kepala ni asyik terbayangkan si Aqil je. Berbulan2 masa berlalu, kerja pun dah tak sepenuh hati, selalu ponteng, lebih2 lagi si Aqil dah mula menjamah makanan selain drpd susu badan. Dalam kepala ni dah mula fikir macam2 menu la untuk si Aqil (alasan tak nak masuk ofis kan). Makin lama makin syok pulak tak masuk ofis, kesudahannya berhari2 la D ponteng kerja. Rasa tak sedap hati pulak, walaupun bos tak pernah marah D, tapi dari reaksi bos tu, D tahu dia mesti dapat agak yg D nak berhenti kerja. Maaf ye bosss.. huhuhu..
Berbincang lg dengan encik husband. Nak resign!!! Akhirnya, hubby bg kata putus. Hubby kata ok, tapi dia bg syarat, katanya lepas ni tak boleh nak belanja mcm2, kiranya kena berjimat sikit la. Almaklum la, lepas ni yg bekerja cuma sorg je..(dlm hati ni berkata2, D tak belanja apa2 pun, alat make up jauh sekali, hand bag...?? Tak pernah pakai pun, baju?? setahun berapa kali je, boleh dikira dgn jari la syg oiiii....) D ni jenis yg sempoi je... tapi yg penting... D cuma nak jalan2 je time hubby cuti, itu je permintaan D.
Akhirnya, notis 1 bulan berhenti kerja diserahkan... fuhhhh.. lega. 15/12/2014 tarikh akhir D berkhidmat di situ. Bermula la episod baru. Segala2nya untuk mu syg.
XOXO...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan