Hai semua...
Kelmarin D ada baca satu artikel mengenai tips cara mendidik anak lelaki... Okay, hari ni D nak kongsikan apa yg D baca dari artikel tersebut... Harap2 dengan membaca artikel ni kita semua dapat sedikit ilmu untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita bagi menjaga amanah yg Allah kurniakan iaitu anak2 kita semua... ;)
Sekali lagi diingatkan ye... artikel ni khusus untuk mendidik anak lelaki ye... LELAKI... hehehe....
Dalam mendidik anak lelaki ni, bapa dan ibu kedua2nya memainkan peranan ok... jangan ingat kalau anak lelaki, hanya bapa saja yg berperanan dlm mendidik mereka.. Itu salah ye...
Untuk si BAPA:
♡ Jika balik awal dari tempat kerja, mandikan si bujang tu kalau masih berumur bawah 5 tahun
♡ Bawa si anak bersiar2 dan habiskan masa bersamanya
♡ Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yg memang sukakan aktiviti fizikal
♡ Anak lelaki akan anggap bapanya sebagai 'role model', maka bapa kena jadi yg terbaik. Apa yg bapa buat akan diikut oleh anak. Cth: jika bapa merokok, kabarangkalian utk anak itu merokok apabila dewasa nanti adalah sangat tinggi berbanding dgn bapa yg bukan perokok
♡ Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
Untuk si IBU:
♡ Anak lelaki belajar mengasihi daripada ibu
♡ Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yg kita buat, aktiviti, serta hal2 yg boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dgn anak lelaki.
♡ Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
Macam mana? Senang je kan tips2 kat atas tu... D rasa apa yg ditulis kat atas tu adalah perkara yg biasa kita lakukan sebenarnya, cuma kita je yg tidak sedar akan kepentingannya untuk anak2 kita.... Betul tak...? Hehehe...
Jom kita amalkan tips2 tersebut...
Nah... D selitkan satu gambar encik Aqil yg mentel tu.... hehehe...
Ni gambar dia masa 7 bulan rasanya... lupa pulak.... hehehe...
kredit : MAMAPEDULI.INFO
XOXO