Khamis, 29 Januari 2015

Budak2 zaman sekarang...


Hai semua...


D nak ceritakan satu peristiwa yg berlaku beberapa hari yg lepas. Adik D ajak D pergi ke rumah keluarga teman lelakinya sebab ada kenduri kesyukuran, jadi D pun pergilah dgn bawa Encik Aqil ni sekali. Hubby tak dapat ikut sebab bekerja la kan.


Selesai bacaan yassin dan doa, mulalah aktiviti memenuhkan perut. Semua jemputan beredar ke ruang makan di luar. Ada juga yg makan dlm rumah termasuklah D dgn adik. Di tengah2 ruang tamu adalah sekumpulan budak2 kecil yg bermain kat situ. Bukan main riuh lagi. Seronok agaknya budak2 tu dapat jumpa sepupu yg sebaya kan.


Nak dijadikan cerita, si Encik Aqil ni tak boleh duduk diam, notti pulak dia... Untuk tenteramkan Encik Aqil ni, D pun keluarkanlah Tab supaya si Aqil ni dapat dikawal. Entah macam mana, tiba2 je budak2 yg tengah main2 tadi datang berkerumun dekat D dgn Aqil. Ingatkan kenapa, rupa2nya diorang nak tengok D buka tab tu. Agaknya budak2 ni nak tengok kot cerita apalah yg D nak mainkan untuk Encik Aqil tonton.


D pun macam biasalah mainkan video2 zikir yg ada dalam tab tu. 





Tiba2... korang tahu apa yg jadi???

Budak2 yg berkerumun tadi terus lesap!!! Dalam sekelip mata je diorang terus sambung bermain...!

Kahkahkah....!!!


Korang rasalah, kenapa budak2 tu cabut???


D dapat rasakan sebab utama diorang lesap tu dek kerana video yg D mainkan untuk Aqil tidak menepati seperti yg mereka jangkakan. Diorang ingat Aqil layan cerita upin ipin ke, frozen ke, superman ke, batman ke, boboboi ke....  Kahkahkah....!


Minta maaf la ye, dlm tab ni tak ada cerita kartun pun, tak kan ada sampai bila2 ok...!


Inilah tab yg jadi teman setia D... ;)

XOXO

Rabu, 21 Januari 2015

Flyers shaklee

Helloooooo....

D baru je selesai kerja2 melipat baju di pagi yg mulia ni... 

cehhh... acah je... hehehehe... Bukan lipat baju la tapi lipat...


ni hahhhh...



Flyers Shaklee... :)


Dalam flyers ni ada beberapa info pasal produk2 keluaran Shaklee beserta harganya sekali.

Dah siap ni apa lagi, tibalah masa untuk menerbangkan flyers ni... separuh bagi hubby, separuh D punyalah... Macam biasa, hubby akan bawa sikit flyers tu ke tempat kerja dia..  Nak tolong promote jugak katanya... :) 

Tq laling sebab tolong I (dgn gediksnya...) hahahaha....


Korang nak satu tak???

Tunggu apa lagi. Whatsapp me ok.... 01132626001


p/s: tqvm Aishah untuk flyers tu :)


XOXO

Isnin, 19 Januari 2015

Resepi ikan kerapu bercili (ala2 cina)



Hai semua...




Ni lah satu2nya buku resepi yg paling D suka. Masakan ala2 cina. D suka resepi dlm buku ni sebab cara masakannya yg terlalu simple. Kalau D dah tak de idea dan malas nak masak, buku nilah yg dicari. Lebih2 lg sekarang duduk rumah je, buku nilah yg sentiasa dirujuk. 

Tapi entah macam mana buku ni dah lunyai dikerjakan si kecik ni hah. Hemmm... Kena tambah koleksi baru lagi la ni jawabnya... Resepi yg paling menambat hati D dlm buku ni, resepi ikan kerapu bercili. Simple je bahan2 dia tapi rasanya mantappppp.... hehehehe... ok, bawah ni D sharekan resepi ikan kerapu ni..

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (dilumur dgn garam & digoreng hingga garing)
1 biji mangga muda (dihiris halus)
10gm daun ketumbar (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan sos:
100ml air
200ml sos thai
5 biji cili padi (dihiris halus)
5 ulas bawang putih (dikisar)

Cara memasak:
-didihkan air dan kemudian masukan bahan sos dan masak hingga menjadi pekat
-kemudian curahkan sos tu ke atas ikan yg dah digoreng tadi
-akhir sekali taburkan mangga muda, daun ketumbar dan bawang besar di atas ikan 
SIAP..!!!

Senang je kan... semudah 1,2,3...


Korang try lah resepi ni.. selamat mencuba.. 


p/s: jangan tertipu dgn gambar ikan tu, gambar tu D snap dr buku tu la... hahahaha...

XOXO

Khamis, 15 Januari 2015

Mommy masak untuk Encik Aqil...

Semenjak dari Encik Aqil berumur 6 bulan, dah macam2 makanan mommy masak untuk Aqil. Tiap2 hari mommy kena fikir hari ni nak masak apa untuk Aqil. Ye lah, kalau hari2 menu yg sama je mesti Aqil jemu kan. Kalau korang nak tahu, Aqil ni memang jenis yg suka makan. Sama macam mommy dan daddy dia... food lover la katakan... hihihi... 




Ditambah lagi dgn Meal Shakes yg diminum Aqil sehari sekali tu, lg bertambah lah selera makan Encik Aqil ni hahh... Pantang nampak orang yg ada dekat dia menguyah, mesti dia nak makan jugak. Tapi kena jaga2 juga, takut ter'obesiti' pulak, lg parah kan...



Ok, hari ni mommy masak...


Aqil loves it!

Cara nak masak bubur ni senang je. Semudah 1, 2, 3... (chewahhhh...)

Beras + air + ayam + brokoli + carrot 
= masuk dlm 1 periuk (masak sampai bubur kembang)

Kan senang tu... hihihi... Nilah cara memasak utk ibu2 yg m*l*s mcm D ni... huhuhu...
Bila dah siap masak nak bagi Aqil makan, D akan lecek2kan dulu bubur ni. Faham2 je la, Encik Aqil ni baru ada 4 batang gigi... hehehe...



Rambut Encik Aqil dah panjang...! ;)

XOXO

Selasa, 13 Januari 2015

Aqil dalam dilema...

Hari ni Encik Aqil kita ni, betul2 dlm dilema. Amboiiii... kecik2 lg dah dilanda dilema ke cik abang oii... hehehehe... Dah kenapa pulak la anak mommy yg sorang ni. Kesian mommy tengok Aqil. Dari tadi duduk kat situ, dok fikir2 nak pilih yg mana satu ye sayang. Aqil buatlah pilihan yg terbaik ye sayang. Mommy kat belakang Aqil ni sentiasa sokong Aqil. Kihkihkih...

Sebenarnya Encik Aqil kita ni dlm dilema sebab tak tahu nak pilih yg mana satu. Korang dapat agak tak apalah yg si Aqil ni nak pilih. Aqil nak tengok zikir kat tv atau nak main dgn flash card tu...??? Hehehehe... 

 


                           Selepas beberapa minit, akhirnya Encik Aqil memilih... 




Mommy memang dah agak dah, anak mommy mesti pilih yg tu... ;)

Ok, untuk pengetahuan korang semua, Encik Aqil ni sebenarnya memang minat sangat tengok doa2 dan zikir2 yg selalu ditayangkan kat Astro Oasis. Alhamdulillah. Sekurang2nya Encik Aqil dapat juga ilmu akhirat sikit2 walaupun Encik Aqil kita ni masih belum matang lg utk mengetahui maksud2 pd zikir2 tu semua. Nampak Encik Aqil ni kecik je kan, tapi si Aqil ni pandai memilih tau kalau dengar zikir atau nasyid yg keluar kat tv tu. Contohnya, zikir2 yg dialunkan oleh Ustaz Abdullah Fahmi, Ustaz Hazamin, Ustaz Manis, Ustaz Munif adalah antara yg menjadi kegemaran Encik Aqil. Kusyuk Encik Aqil mendengarnya. Tapi kalau yg lain2 tu minta maaf la... Encik Aqil tak berapa syok sangat dia nak tengok. Mungkin tak kena dgn muziknya kot... hihihihi... Korang pernah tengok tak video klip lagu pencetus ummah tu, tajuknya kalau tak silap Adab Belajar kot. Hahh... yg tu pun Aqil suka. Aqil...Aqil... dah besar nanti jadilah anak yg baik ye sayang...

D sharekan benda ni kat korang bukanlah nak menunjuk2 ye. Jangan salah faham ye kawan2. Benda yg baik tak salah kan kita berkongsi. Bukan benda yg tak elok punnn.... peace... XOXO

Ahad, 11 Januari 2015

Minuman kegemaranku kini...

Dlm entri yg lepas D dah ceritakan tentang kebaikan Meal Shakes untuk kanak2 kan. Untuk entri kali ni D nak ceritakan pulak pengalaman D sendiri bersama Meal Shakes. 



minuman kegemaran D ;)

Inilah dia minuman kegemaran D, milo ais + meal shakes... Memang sedap sangat2. D minum ni sekali je sehari. Tapi kadang2 D minum 2 kali sehari. Ikut tekak la katakan. Hehehehe... Selalunya D minum Meal Shakes ni pada waktu pagi.

Cara bancuhan dia senang je. Korang buat je la milo ais mcm biasa, letak ais, lepas tu campurkan 2 sudu teh Meal Shakes ke dlm milo ais tu. Lepas tu shake la sekuat hati korang...! Hahahaha....! Kalau korang tak shake nanti Meal Shakes tu berketul2. 

Sebelum D amalkan meminum Meal Shakes ni, terus terang D cakap, badan D cepat letih bila sampai waktu petang, kompem...waktu siang mesti D kena tido kejap dlm 1/2 atau 1  jam supaya D rasa segar semula. Tapi sejak D mula minum meal shakes ni, badan D rasa bertenaga seharian. Dah tak kerap tido waktu siang lagi. ;)

Ok, untuk pengetahuan korang semua, D ni ada gastrik. Kalau lambat makan alamatnya perut ni pedih sepedihnya la jawabnya. Bila dah amalkan minum Meal Shakes ni, perut dah tak lapar sangat macam dulu. Lebih2 lg lepas menyusukan si Aqil. Kalau korang nak tahu si Encik Aqil ni masih  lagi menyusu badan. Cuma sekali sehari je D bagi susu fomula. Huhhhhh.... Perut memang rasa lapar tahap cipan lah lepas menyusukan Aqil. Dengan adanya Meal Shakes ni, rasa pedih kat perut ni dah tak seteruk dulu. 

Lg satu, sejak minum Meal Shakes ni, D perasan yg susu badan D makin banyak. Patutlah sekarang ni pampers Encik Aqil cepat berat (penuh air kencing), sebab Aqil betul2 kenyang minum susu. Kalau tak sebelum ni, pampers dia ringan je sampai petang. 

Macam yg D pernah terangkan dlm entri yg lepas kan. Meal Shakes ni multivitamin. Jadi Meal Shakes ni sesuai dijadikan minuman seisi keluarga. Memang berbaloilah kan D keluarkan duit sebulan RM113 untuk beli Meal Shakes ni.

Korang nak try tak??? Jgn teragak2 nk cuba sebab D sendiri dah rasa keistimewaan Meal Shakes ni. Jom sms/whatsapp D kat no ni 01132626001... tq.

XOXO

Jumaat, 9 Januari 2015

'Over Spending' kerana anak

Beberapa hari lepas D ada baca satu artikel dlm sebuah majalah. Tajuk artikel tu 'Over spending' kerana anak. Emmm.... Memandangkan D baru sahaja bergelar surirumah sepenuh masa, artikel ni sangat2 menarik perhatian D. Almaklumlah... sekarang ni nak berbelanja dah kena berpada2. Lebih2 lg dgn kehadiran si buah hati ni... Encik Aqil la sape lg. Hihihi... Sebagai ibu mestilah excited kan nak buat dan beli macam2 untuk anak. Tu yg kadang2 ter'over spending'.. huhuhuhu...
Ok, kat bawah ni D sharekan perkara2 yg mungkin ibu bapa terlebih berbelanja untuk anak2 macam yg tertulis dlm artikel tu.

~ Pusat penjagaan dan prasekolah
Anda kerap menangguhkan masa untuk mencari pusat jagaan atau prasekolah yg sesuai. Dek kerana tempat yg lebih baik dan bertepatan dgn bajet anda sudah penuh, anda terpaksa meletakan anak di pusat jagaan itu walaupun kosnya jauh tersasar drp kemampuan anda.

~ Melancong  bersama bayi
Anda merancang pelancongan yg agak tinggi kosnya. Pada usia bayi yg belum tahu menghargai peluang itu, malah mungkin lebih menimbulkan ketidakselesaan padanya. Bila mood bayi tidak baik, keseronokan bercuti pun hilang!

~ Membeli barang keperluan anak pd harga biasa
Sentiasa peka dgn promosi barangan keperluan anak seperti lampin, susu & peralatan menyusu, pakaian dan kasut supaya anda dpt membelinya pd harga lebih murah.

~ Membuang barangan anak yg tidak diperlukan
Kalau anda memang merancang utk mempunyai seorang anak sahaja, tidak mengapa berbuat demikian. Tapi jika anak seterusnya menyusul, ada baiknya anda menyimpan keperluan bayi yg masih elok (spt kereta sorong, kerusi bayi) utk kegunaan anak berikutnya atau menjualnya.

~ Gajet
Bila anak sudah terbiasa dgn gajet, tidak mustahil dia akan sentiasa meminta gajet terbaru drp anda. Jalan terbaik ialah tidak memperkenalkan gajet kpd anak sehingga usianya belasan tahun. Pada ketika itu pun, anda perlu mengawal masa dan cara penggunaannya.

~ Berlebih2 utk parti hari jadi
Usah terikut2 dgn gaya orang meraikan majlis hari jadi utk anak mereka secara mewah. Rancang parti itu bersama saudara mara atau rakan2 anda. Anak kecil lebih berminat pd individu yg hadir, bukan pd dekorasi parti.

~ Keluar utk berhibur
Restoran dan panggung wayang bukan satu2nya cara menghiburkan anak. Cuba kurangkan kos dgn keluar berkelah (makanan dimasak sendiri), bermain di taman awam yg tidak berbayar, menonton filem di rumah atau mewujudkan sesi bermain sekeluarga sama ada di rumah atau luar rumah.

~ Mainan baru
Kanak2 mudah jemu dgn sesuatu permainan, namun ini tidak bermakna anda perlu sentiasa membeli mainan baru untuknya. Dia mungkin menerima banyak hadiah barang mainan semasa hari lahirnya, jadi keluarkan mainan itu satu persatu.

Senang je kan tips2 di atas ni. Tapi tu semua bergantung pd sikap ibu bapa itu sendiri. 

Ni salah satu contoh utk jimat bajet ketika bawa Aqil keluar jalan2...



Gambar atas ni dekat Country Garden JB. Tempat ni masuk free ok.! Jadi kitorang dah jimat bajet kat situ. Tempat ni memang sesuai lah utk bawak anak jalan2. Cantik dgn pemandangan laut. Siap ada playground utk kanak2 bermain. Tgok lah si Aqil tu...



Yg ni pulak dekat RNF JB. Tempat ni pun sama. Masuk free.. Tempat ni belum siap sepenuhnya. Cantik juga dgn pemandangan laut. Ada tempat main utk kanak2 juga. Aqil happy betul dia sebab dapat jalan2 sambil main2 kat situ. Mommy dan daddy pun happy sebab dapat tengok suasana pemandangan yg cantik, hilang stress kan...

So, siapa cakap nak bawak ank jalan2 mesti keluar duit banyak lebih2 lg utk tiket... Bayangkanlah kalau mereka yg ada anak 7 ke 8 org. Nak bawak ke tempat2 yg berbayar, korang kiralah berapa bajet yg kena keluar.?? Kan dah over spending tu.. betul tak..? Tapi kalau dr golongan jutawan dan hartawan tak kisah kottt.. Hehehe... 

Jom kawan2 kita amalkan tips2 yg di atas tu... :)

XOXO

Rabu, 7 Januari 2015

Pari oh pari....

Dua hari lepas hubby beli ikan pari 2 ekor. Masak ikan pari bakar permintaannya. Dgn rasa hormatnya D mengiyakan permintaan suami tercinta tu. :( Hemmm..... Dlm hati bersuara... hubby dah lupa ke.. beberapa tahun lepas punya peristiwa..???

*sori la ye.. gambar tak berapa nak jelas...


Korang nampak tak status facebook dlm gambar atas tu? Nampak tak tahun bila tu..?  Tahun 2010 ok... Ini bukan main2 ye, D memang betul2 geli nak potong ikan yg jarang2 dimakan ni hah... Sejarah mungkin berulang lg...


Malam tadi D pun cubalah masak ikan pari tu. D bukak plastik dan tengok ikan tu sekejap. Lama juga D berkira2 mcm mane lah nak pegang ikan ni. Adessss..... Kuatlah wahai hati dan perasaanku ni. Aku betul2 nak masak untuk suami tercinta. Aku tenung ikan tu beberapa saat lg. Akhirnya, dgn ligatnya tangan ini...
...
...
...

...mengikat semula bungkusan plastik yg berisi ikan pari tadi dan masukan semula ke dlm peti ais..!! ngeh...ngeh...ngeh...

Maaflah encik hubby, isterimu tak mampu nak melawan perasaan ini. Uhuuuu...

Pagi tadi...

Memandangkan hari ni hubby bekerja shif petang, apa lg... encik hubby kena kerahan tenagalah jawabnya untuk men'setelkan' ikan pari tu. Hahhh... kan dah kena...

Dari memotong sampailah membakar ikan tu, hubby lah yg buat. D buat apa??? D tidaklah sekejam yg disangkakan. D cuma tlg siapkan bahan2 nak perap ikan je. Ok lah tu kan drpd tak tlg apa2. Ok, kat bawah ni D sharekan bahan2 perapan ikan pari tu.

Bahan2 perapan untuk 2 ekor ikan pari bersaiz kecil
Bawang merah - 1 biji
cili kering - 5 tangkai
serai - 1 btg
belacan sedikit
asam jawa (dibuang biji)
gula
garam
*semua bahan2 diblender, digaulkan pd ikan dan peraplah 1 jam pun dah ok
Lepas tu bakar la...

Inilah hasilnya....


Hasil air tangan suami tercinta... cicah air asam... sedapnya...

*terlupa pulak nak snap gambar ikan yg dah dibukak, tak sabar punya pasal...

Selamat menjamu selera ye...

XOXO

Selasa, 6 Januari 2015

Tips pemakanan anak genius, cergas, sihat dan cerdas...

Hai semua, D pasti siapa2 yg dah bergelar ibu di luar sana mesti mengharapkan yg terbaik untuk anak2 mereka sama ada dr segi sifat dan akhlaknya,  kebijaksanaannya, serta kesihatannya. Salah satu faktor yg membentuk sahsiah diri anak2 ialah faktor pemakanan. Pada zaman sekarang ni, banyak terdapat suplement makanan tambahan yg sesuai untuk diberikan kpd anak2. Ok, entri kali ni D nak perkenalkan set produk Shaklee yg paling
sesuai untuk anak2 korang. Ini dia...


Set kanak-kanak

Gabungan 3 jenis produk ni (Omega Guard, Meal Shakes & Vita C) amat2 sesuai untuk mendapatkan kesan yg terbaik untuk anak2 korang. Ok, D akan terangkan setiap satu fungsi2 ketiga-tiga produk ni. Yg Meal Shakes tu D dah terangkan pd entri yg lepas. Kalau kawan2 dah lupa cuba tgok balik entri yg lepas tu ok. Kat sini D nak terangkan tentang kebaikan Omega Guard dan Vita C ni pd kanak2.

Apa itu Omega Guard...?
☆ Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain2 lg
☆ perbezaan omega Shaklee dgn omega jenama lain ialah ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg memekatkan asid lemak omega-3 yg bermanfaat & semulajadi sementara menyingkirkan bahan2 bahaya spt merkuri & plumbum yg trdapat dlm kebanyakan ikan

Kelebihan Omega Guard untuk kanak2...
☆bg ibu2 yg masih menyusukan bayi, mereka boleh makan Omega Guard ni kerana ia membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi melalui susu ibu yg diminum
☆ dapat membantu perkembangan otak kanak2 menjadi genius & lebih fokus terhadap sesuatu yg dipelajarinya
☆ menguatkan sistem imunisasi
☆ mengurangkan gejala eczema & asma

Cara2 memakan Omega Guard...
☆ telan begitu sahaja - sesuai untuk kanak2 6 tahun ke atas
☆ kunyah - bg kanak2 berumur 1 tahun ke atas yg belum pandai menelan pil boleh kunyah terus
☆ picit dan campurkan ke dlm susu atau makanan - kaedah ni paling sesuai untuk kanak2 yg sukar memakan vitamin... mudahkan...
♡♡ kalau ibu2 yg bercita2 nak anak2 jadi genius, amalan memakan Omega Guard ni amat2 digalakkan...


Omega Guard - minyak ikan paling tulen di dunia


Apa itu Chewable Vita C...?
☆ Chewable Vita C merupakan tablet mengandungi vitamin C yg boleh dikunyah untuk kanak2 dan org dewasa
☆ membekalkan 100mg vitamin C yg ditambah dgn ros hips dan bioflavonoids complex.
☆ tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Kelebihan Chewable Vita C pd kanak2...
☆ meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging
☆ untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan
☆ sesuai untuk kanak2 yg sukar menelan tablet
☆ membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan

Keistimewaan Chewable Vita C...
 ☆ ros hips dan bioflavonoids yg terdapat di dlmnya membantu meningkatkan lg fungsi vitamin C apabila masuk ke dlm tubuh badan
☆ boleh dikunyah dan mempunyai rasa limau/sitrus yg enak
☆ air liur akan membantu dlm pemecahan/penyerapan optimum vitamun C apabila dikunyah atau kemam Vita C ini
♡♡ bg kanak2 yg sering mengalami masalah kesihatan spt demam dan selsema, memakan Vita C ini amat2 digalakkan 


Buah oren kaya dgn vitamin C


Untuk pengetahuan semua, produk2 Shaklee ni semuanya dijamin HALAL, selamat, berkesan dan semulajadi. Jadi tak perlu ragu2 untuk diberi makan kepada anak2 anda ye...



Sesiapa yg berminat dgn produk Shaklee ni sila komen atau call, whatsapp di no 01132626001. XOXO




Isnin, 5 Januari 2015

Petua untuk si notti

Aqil..Aqil... sekarang dah makin besar makin susah pulak nak siap2kan dia lepas mandi. Hemmm... Mesti mereka2 yg dah bergelar ibu pernah mengalami situasi yg sama kan? Masa kecil dulu senang je pakaikan pampers, baju sebabnya si kecil ni belum pandai bergerak lasak lg. Sekarang ni bukan main notti lg dia. Mommy rasa nak gigit je peha Aqil yg gebu tu. 

Ngeeeeee.... 

Sesiapa yg dah bergelar ibu tu mesti ada bermacam2 carakan nak settlekan problem ni. Boleh tak korang yg bergelar ibu ni sharekan kat sini??? Korang nak tahu tak macam mana D atasi masalah ni? Kalau korang TAK nak tahu, D tetap nak beritahu jugak... kihkihkih... Tapi sebelum tu, D nak tegaskan dekat sini, tujuan D sharekan benda ni bukanlah nak menunjuk2 yg D ni baik sangat, cuma D nak kongsi je apa yg D amalkan dan semoga semua kawan2 yg lain dapat manfaat bersama. Yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan.. (ada sape2 yg tak faham maksud peribahasa tu?..) hihihi... 


Ok macam ni, dah bermacam2 alat mainan D bg pada Aqil untuk lekakan dia supaya mudah kerja D, tapi si Aqil ni jenis tak taksub pun dgn barangan mainan. Hemmm... tiba2 D teringat, untuk pengetahuan korang semua si Aqil ni suka dengar bacaan ayat2 suci Al-Quran dan zikir. Jadi D pun try lah buat macam ni. Lepas mandi D akan baringkan dia sambil lap2 badan dia, pakaikan pampers, urut2 badan dia, D bacakan surah Al-Fatihah berulang2 kali sampai siap pakai baju. Alhamdulillah, berkesan!!!!

Aqil akan diam sambil tenung muka D seperti minta D bacakan surah tu tanpa henti. Sampai sekarang D amalkan. Kadang2 nampak Aqil macam bosan sebab dgr surah yg sama je agaknya, jadi D selitkanlah jugak surah2 yg ringkas lain2. Memang Aqil suka. Bila D start je sebut Bismillah Aqil serta merta terus diam sebab nak dengar ayat2 yg D baca. Uuhhhhhh..... Senang kerja mommy sekarang ni Aqil! hehehehe... 

Yg kelakarnya, kadang2 D saje je, lepas baca Bismillah D terus senyap, nt mata Aqil terkebil2 seperti meminta D teruskan bacaan seterusnya. Bila D diam je, teruslah si Aqil ni buat perangai notti dia nak bergerak ke sana sini. Hehehe... D akan cuba teruskan apa yg diamalkan ni setiap hari sampai Aqil dah besar nanti. Insyaallah.



Sayang bucuk mommy ni...XOXO



Ahad, 4 Januari 2015

Yeay...! dah dapat...

Mesti korang tertanya2kan apalah yg dah dapat tu.. Hari tu D ada order barang dr kawan D. Alhamdulillah tadi dia datang rumah hantar barang tu. Terima kasih Aishah...! (love u...) hehehe... Korang nak tahu tak apa benda tu? Ni hah...




Mesti ada antara korang dah kenal apa ni kan... ok, bg yg belum kenal apa benda ni, 

sini D sharekan pd korang semua tentang produk ni. Ni lah dia Meal Shakes merupakan salah satu produk keluaran Shaklee. Kat bawah ni D sharekan apa2 yg berkaitan dgn produk ni.

Apa yg terkandung dlm Meal Shakes..?
* mengandungi asid folik, biotin, kalsium, magnesium
* mengandungi vitamin A, C, E, zink, silenium
* mengandungi lengkap vitamin B kompleks & besi
* kaya dgn protein
* kaya dgn serat larut
** yg penting TIDAK mengandungi pewarna & gula tiruan

Khasiat pada setiap multivitamin di atas...
* membina tulang & sel2 dlm proses membesar
* sebagai anti-oksidan
* membentuk sel darah merah yg sihat
* membantu menyihatkan sel2
* membantu menyingkirkan lemak berlebihan drp kolon & perut

Kebaikan kepada kanak2
♡ anak lebih cergas & cerdas, fokus & bertenaga
♡ mengatasi penyakit asma
♡ mengatasi masalah kurang selera makan
♡ meningkatkan sistem imun badan
♡ mengurangkan masalah obesiti
♡ menambah berat badan bg kanak2 yg terlalu kurus

Meal Shakes juga sesuai untuk org dewasa termasuklah...
♡ wanita yg sedang hamil
♡ wanita yg menyusukan anak
♡ para atlet

Cara menggunakannya...
Bg ibu2 yg ingin berikan kpd anak2nya, campurkan 1 sudu teh Meal Shakes ke dlm bancuhan susu formula mereka. Tapi bg anak2 yg dah tak minum susu lg, bolehlah dicampur dgn air minuman kegemaran mereka. Sehari satu kali pun dah cukup. Aqil pun minum Meal Shakes ni sekali je satu hari. D bg waktu pagi. Biar dia bertambah2 selera makan dia. Tujuan utama D bg pd Aqil ni sebab Aqil ni selalu sgt kena sembelit. 

Ok, yg td tu bancuhan untuk kanak2. Yg ni pulak cara bancuhan untuk org dewasa. Untuk pengetahuan korang semua, Meal Shakes ni paling sedap bila dicampur dgn air minuman kegemaran korang. Macam D, D suka bancuh 2 sudu Meal Shakes ni dgn milo ais. Sedap, lazat & berkrim... Tak kisahlah korang nak campur dgn air apa pun, yg penting JANGAN sesekali bancuh dgn AIR PANAS sebab ia akan menyebabkan segala nutrien2 yg terkandung dlm Meal Shakes tu akan HILANG!

Apa keistimewaan yg lain ada pd Meal Shakes ni....?
* perasa French Vanilla yg berkualiti tinggi menyebabkan ia terlalu sedap untuk dinikmati seisi keluarga
* bau & aromanya yg amat menyelerakan

Ok, harga sebotol besar tu (544g)...RM113... tidak termasuk pos ye kawan2... Mahal kan...? Mahal kan...? Tp bg D ia berbaloi sebab ia dibancuh cuma 1 sudu hingga 2 sudu je 1 hari...  Korang jgn risau, Meal Shakes ni boleh tahan sampai 2 bulan... 

Ada siapa2 yg nak cuba?? Kalau korang berminat, beritahu di bahagian komen atau sms/whatsapp D ok.... 01132626001... XOXO