Hai semua...
D nak ceritakan satu peristiwa yg berlaku beberapa hari yg lepas. Adik D ajak D pergi ke rumah keluarga teman lelakinya sebab ada kenduri kesyukuran, jadi D pun pergilah dgn bawa Encik Aqil ni sekali. Hubby tak dapat ikut sebab bekerja la kan.
Selesai bacaan yassin dan doa, mulalah aktiviti memenuhkan perut. Semua jemputan beredar ke ruang makan di luar. Ada juga yg makan dlm rumah termasuklah D dgn adik. Di tengah2 ruang tamu adalah sekumpulan budak2 kecil yg bermain kat situ. Bukan main riuh lagi. Seronok agaknya budak2 tu dapat jumpa sepupu yg sebaya kan.
Nak dijadikan cerita, si Encik Aqil ni tak boleh duduk diam, notti pulak dia... Untuk tenteramkan Encik Aqil ni, D pun keluarkanlah Tab supaya si Aqil ni dapat dikawal. Entah macam mana, tiba2 je budak2 yg tengah main2 tadi datang berkerumun dekat D dgn Aqil. Ingatkan kenapa, rupa2nya diorang nak tengok D buka tab tu. Agaknya budak2 ni nak tengok kot cerita apalah yg D nak mainkan untuk Encik Aqil tonton.
Budak2 yg berkerumun tadi terus lesap!!! Dalam sekelip mata je diorang terus sambung bermain...!
Kahkahkah....!!!
Korang rasalah, kenapa budak2 tu cabut???
D dapat rasakan sebab utama diorang lesap tu dek kerana video yg D mainkan untuk Aqil tidak menepati seperti yg mereka jangkakan. Diorang ingat Aqil layan cerita upin ipin ke, frozen ke, superman ke, batman ke, boboboi ke.... Kahkahkah....!
Minta maaf la ye, dlm tab ni tak ada cerita kartun pun, tak kan ada sampai bila2 ok...!
Inilah tab yg jadi teman setia D... ;)
XOXO


Tiada ulasan:
Catat Ulasan