Haiii semua... ok entri kali ni D nak ceritakan dari mana datangnya kekuatan untuk D tekad berhenti kerja. Semuanya bermula apabila D terjumpa satu artikel ni. Tajuk dia '16 tips yg anda kena tahu sebelum berhenti kerja, ini pengalaman sebenar seorang JURUTERA'. Jurutera???? Ye, jurutera... bukan sembarangan kerjaya ok.. gaji besar, hidup mesti lagi mewah kan.. tapi, kenapa si jurutera ni sanggup korbankan kerjaya dia tu??? Semuanya sebab anak yg tercinta katanya.. Hemmm.... samalah macam D, nak resign semata2 sebab Aqil, tapi bezanya D ni bukanlah jurutera, setakat kerani cabok je!! gaji tak sehebat mana pun. Hihihihi.. Ok, kat sini dia bagi tips yg macam di bawah ni:
Langkah2 menjadi surirumah sepenuh masa:
1. bincang dgn suami pasal kewangan keluarga sebab dia yg akan tanggung semuanya nanti.
(berkali2 juga la D berbincang dgn hubby pasal bab ni)
2. inform family dan mertua (bab yg ni ada problem sikit, sebab family belah hubby agak kurang setuju, kenapa?? baca sampai tips no 11, anda akan dpat jawapannya... huhuhu.)
3. setelkan semua hutang kad kredit yg ada (nasib baik D tak ada kad kredit..)
4. cancel semua kad kredit
5. mansuhkan semua expenses bulanan yg tak diperlukan (yg ni kena fikir apa yg penting apa yg tak penting)
6. pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
(Alhamdulillah.. ada la simpan sikit2.. dlm kepala dok fikir2 juga nak buat side income apa..)
7. mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu. (D tak pernah online shopping... huhuhu..)
8. beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika tak pandai masak, tak kan
surirumah nak tapau lauk dari luar je kan (buku2 ni memang
dah lama ada, cuma nak tambah
koleksi je..)
9. bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lg memenatkan (yup..
bab yg ni setuju sangat2, ditambah lagi dengan si Aqil yg semakin lasak ni.. fuhhhh... tercungap2... rasakan lah D.. kau yg nak sangat... hemmm..)
10. jangan risau jika takut bosan bila di rumah, sebab 24 jam akan terisi dgn kerenah anak2
(betul3x... 24 jam tu macam tak cukup je rasa...)
11. bersedia dgn suara2 sumbang yg akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi,
jd surirumah,
tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. (hah.. ni la jawapan dari soalan di
atas tadi tu... korang pernah
kena tak???)
12. jgn lupa kawan2, nanti sunyi pulak tak de org nak bercerita hal2 org
dewasa. (boring juga kadang2, asyik buat benda yg sama je kat rumah kan, nak
berbual dgn aqil... cakap pun tak reti lagi.. nak ada teman berbual jugak, tak la hidup dlm dunia sendiri je... hihihihi..)
Persediaan bagi suami:
13. suami kena bersedia dari segi kewangan, tak perlu mewah, cukup makan,
pakai, insurans,
tempat tinggal (bab ni lah yg selalu D tekankan pada hubby,
sampai berjaya dpt green light
yessss!!!)
14. suami kena faham rutin seorang surirumah, sekali sekala bawalah isteri
berjalan2 sebagai
bonus bekerja 24 jam sehari.
(ni je lah permintaan
yg paling penting bg D...)
15. percaya dan yakin rezeki dtg dari Allah, bukan dari manusia. (setuju sangat2...)
16. sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah. (yg ni paling
setuju... ingat ye wahai suami...)
* kredit: Nor Hazwani. XOXO...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan